20 May 2019, Monday | 05:50am

Dikecam Tidak Muat Naik Foto Beribadah, Ini Respon Michael Ang

2019-05-10

Pengarah terkenal Michael Ang baru-baru ini mengesahkan beliau sudah memeluk Islam lebih setahun lalu. Ramai yang menyambut baik berita pengislaman beliau dan mendoakan agar Michael terus istiqamah.

Bagaimanapun, ada pula netizen yang mempersoal amal ibadahnya sebagai seorang Muslim.

Umum mengetahui, Michael sering menggunakan akaun Instagramnya untuk memberikan komen dan pandangan tentang pelbagai isu termasuklah membuat ulasan produk. Ada netizen berkata mengapa Michael tidak memuat naik foto melakukan ibadah contohnya solat tarawih.

Tidak mudah melatah, Michael membalas komen terbabit dengan menyatakan soal agama dan keimanannya adalah isu antara dirinya dengan Allah SWT sahaja.

Nasihatnya kepada netizen tersebut, janganlah terlalu menunjuk ketinggian ilmu  kepada orang lain. Pada akhirnya, hanya Allah SWT yang akan menilai keimanan hambaNya.

Beribadah tidak perlu menunjuk-nunjuk kerana akan timbul perasaan riak dan sombong dalam hati serta merasakan diri sudah cukup sempurna. Biarlah ia menjadi rahsia kita dengan Allah SWT sahaja.

BeautifulNara

 

Average: 3 (1 vote)