23 October 2020, Friday | 09:50am

COVID-19: Taman tema dan hotel Sunway Lost World ditutup sementara

2020-10-14

IPOH: Taman tema Sunway Lost World Of Tambun dekat sini ditutup sementara kerana salah seorang pengunjung disyaki terlibat COVID-19.

Menurut kenyataan pihak pengurusan taman tema itu, mereka difahamkan secara lisan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai kes tersebut.

Sehubungan itu, katanya, mereka akan menutup Sunway Lost World Of Tambun dan Sunway Lost World Hotel selama 14 hari, bermula 13 Oktober hingga 26 Oktober 2020.

"Ia bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan yang mendalam di sekitar taman tema dan hotel kami untuk melindungi para pengunjung dan orang ramai.

“Kami ingin memastikan bahawa keselamatan dan kesihatan para pengunjung dan semua kakitangan kami menjadi keutamaan, dan kami berusaha untuk memberikan maklumat yang tepat buat semua,” katanya pada Selasa.

Menurut kenyataan itu lagi, KKM telah segera melakukan pengesanan kontak kepada semua kontak rapat yang berpotensi.

“Kami berharap orang ramai untuk kekal bertenang. Kami akan terus komited memberi kerjasama dengan pihak berkuasa kerajaan yang berkenaan dan KKM untuk mengatasi masalah ini,” ujarnya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Sunway Lost World Of Tambun.

Sumber: astro AWANI

 

No votes yet