15 December 2019, Sunday | 03:26pm

BTS sumbang AS$4.65 bilion kepada GDP Korea Selatan

2019-10-03

 

INDUSTRI K-Pop tidak boleh lagi dipandang rendah dan dilihat sekadar hiburan yang disajikan kepada golongan muda.

Kumpulan mega K-Pop, BTS menyumbang sebanyak AS$4.5 bilion (bersamaan dengan RM18.8 juta) kepada pendapatan per kapita (GDP) Korea Selatan, menurut laporan The Hollywood Reporter. 

BTS yang bakal kembali ke jelajah Speak Yourself di Amerika Syarikat pada Oktober ini habis menjual kesemua 300,000 tiket yang secara purata bernilai AS$452 setiap tiket dalam tempoh beberapa minit  sehingga menyebabkan gangguan pada server Ticketmaster.


Selain penjualan tiket, BTS turut menyumbang kepada ekonomi negara menerusi industri pelancongan dan barangan berjenama bernilai AS$130 juta termasuk buku, pakaian, kosmetik dan patung mainan.

Menurut laporan Hyundai Research Institute, bagi setiap seorang dalam 13 pelancong asing yang mengunjung Korea Selatan pada 2017, BTS menjadi faktor utama mengapa negara itu dipilih sebagai lokasi pelancongan.

Sejak Ogos 26 hingga 27 September 2019, kumpulan itu mengatasi carta industri K-pop secara keseluruhan yang menilai prestasi dari segi aktiviti media, komunikasi dan banyak lagi.

Berdasarkan carta oleh Korea Institute of Corporate Reputation, BTS menduduki tangga pertama, diikuti dengan TWICE di tangga kedua, dan Oh My Girl di tangga ketiga.

  1. BTS (11,902,265 mata)
  2. TWICE (6,009,100 mata)
  3. Oh My Girl (5,536,980 mata)
  4. MAMAMOO (5,285,411 mata)
  5. Red Velvet (5,200,050 mata)
  6. BLACKPINK (4,883,604 mata)
  7. Lovelyz (4,786,845 mata)
  8. Girls’ Generation (4,388,567 mata)
  9. IZ*ONE (4,293,057 mata)
  10. EXO (4,251,165 mata)

 

 

Sumber: Astro Awani

Foto: soompi.com

No votes yet