18 July 2019, Thursday | 11:42am

Aktor 'Chewbacca' meninggal dunia pada usia 74 tahun

2019-05-03

PELAKON, Peter Mayhew yang membawa watak Chewbacca dalam beberapa siri filem Star Wars meninggal dunia pada 30 April lalu.

 

Ahli keluarga mengesahkan perkara itu  dalam satu kenyataan menerusi perkongsian di Twitter.

 

Mayhew meninggal dunia pada usia 74 tahun ketika berada di kediamannya di Utara Texas bersama keluarga.

Mayhew sebelum ini pernah memainkan watak yang berusia 200 tahun itu dalam siri The Empire Strikes Back, Return of Jedi, Revenge of The Sith, The Force Awakens dan The Star Wars Holiday Special.

 

Bagi sitkom televisyen pula, Mayhew pernah muncul dalam drama bersiri Donny & Marie, The Muppet Show dan Glee.

 

Bakatnya mula  digilap oleh produser, Charles H. Schneer sewaktu bertugas sebagai pembantu di sebuah hospital di London menerusi filem  Sinbad and the Eye of the Tiger arahan Ray Harryhausen.

 

Satu majlis penghormatan terakhir akan diadakan pada 29 Jun ini, manakala majlis seumpamanya akan diadakan buat peminat siri Star Wars menerusi persidangan EmpireCon pada Disember nanti.

 

Sumber:AstroAwani/http://bit.ly/2LkvzWi

 

No votes yet

Tags: