20 May 2019, Monday | 08:06pm

Agong, Permaisuri ucap selamat sempena Vaisakhi, Tahun Baharu Tamil

2019-04-15

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini menyampaikan ucap selamat kepada mereka yang merayakan Vaisakhi dan Tahun Baharu Tamil.

 

"Selamat Vaisakhi kepada semua rakan Punjabi. Kami ucapkan permulaan tahun ini dengan kegembiraan dan kemakmuran," titah Seri Paduka berdua dalam posting pada akaun Instagram Istana Negara.

 

Kepada mereka yang menyambut Tahun Baharu Tamil, pasangan diraja itu bertitah: "Diucapkan kepada semua rakan Tamil tahun yang penuh kegembiraan dan kemakmuran. Selamat Tahun Baharu!."

Vaisakhi menandakan permulaan musim menuai menurut kalendar masyarakat Sikh Punjabi.

Sementara Tahun Baharu Tamil adalah hari pertama dalam tahun mengikut kalendar Tamil. - Bernama

 

Sumber:Kosmo/https://tinyurl.com/y69jjy8j

 

No votes yet

Tags: