3 April 2020, Friday | 04:22am

12 Februari catat kematian tertinggi akibat Covid-19

2020-02-13

 

KUALA LUMPUR – Seramai 242 mangsa meninggal dunia akibat Covid-19 semalam, menjadikan 12 Februari merupakan hari yang paling tertinggi kadar kematian sejak virus ini dilaporkan pada hujung tahun lalu.

Suruhanjaya Kesihatan Hubei turut melaporkan sebanyak 14,840 kes positif baharu semalam menjadikan kes positif keseluruhan sebanyak 59,539 kes di China dan 60,062 kes di seluruh dunia.

Selain itu, seramai 5,702 pesakit Covid-19 juga dilaporkan telah sembuh sepenuhnya.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Singapura dalam satu kenyataan turut mengesahkan kes positif Covid-19 di negara itu mencecah seramai 50 orang, menjadikan negara di selatan tanah air itu sebagai negara yang paling terjejas selain China.

Kementerian Kesihatan Singapura mengatakan separuh daripada jumlah kes positif itu tidak pernah pergi atau berhubungan dengan orang China.

 

 

 

Sumber: Sinar Harian

No votes yet