24 April 2019, Wednesday | 05:08pm

Wanita New Zealand tunjuk solidariti terhadap umat Islam dengan berhijjab

2019-03-22

Sebahagian besar wanita di New Zealand hari ini mengenakan hijab sebagai tanda solidariti terhadap umat Islam selepas genap seminggu tragedi berdarah serangan pengganas di dua buah masjid di Christchurch, yang mengorbankan 50 orang.

Pemakaian hijjab ini dicetuskan oleh sebuah gerakan persendirian yang dikenali ‘Scarves in Solidarity’ bertujuan untuk memberi penghormatan kepada masyarakat Islam serta keluarga mangsa dalam tragedi tembakan pengganas di Masjid Al Noor dan Masjid Linwood.

Kempen ini telah mendapat respons yang positif dimana Presiden New Zealand Jacinda Arden turut mengenakan hijjab atau scarf sebagai tanda penghormatan ketika berjumpa dengan komuniti Islam di Christchurch.

Dengan penggunaan hashtag #headscarfforharmony, dapat dilihat wanita New Zealand berbangga berkongsi gambar mereka diruangan sosial media dan perkongsian itu telah mendapat pujian para netizen di seluruh dunia termasuk dari Malaysia.

Berikut adalah beberapa posting menarik yang dapat kami kongsikan melalui kempen #HeadScarfForHarmony.