26 April 2019, Friday | 08:43am

Terlalu mengikuti arahan waze, wanita sesat diladang kelapa sawit

2019-01-10

Shah Alam – Seorang pemandu wanita hari ni mengakhiri perjalanannya disebuah hutan kelapa sawit selepas mengikuti arahan melalui aplikasi mengemudi Waze.

Tambahan, kenderaan yang dipandunya turut tersangkut didalam becak dikawasan kelapa sawit yang berlumpur itu.

Penolong Pengarah operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Selangor Norizam Mohd Nudin berkata, mangsa yang merupakan seorang bidan sedang dalam perjalanan menuju kerumah pesakit nya ketika kejadian berlaku pada kira –kira pukul 8 pagi.

Wanita itu berasal dari Ulu Yam dan menggunakan sistem mengemudi Waze untuk ke rumah pelanggannya sebelum dia sesat didalam ladang kelapa sawit.

“Selepas kenderaan nya tersangkut didalam lumpur, dia membuat keputusan untuk menghubungi pihak bomba dan penyelamat” jelas beliau ketika dihubungi.

Beliau juga menjelaskan jabatan bomba ada menerima panggilan pada pukul 8.36 pagi dan 6 anggota dari stesen Teluk Panglima Garang telah dihantar ke lokasi tersebut.

-kwiknews

 

 

 

No votes yet