20 May 2019, Monday | 05:48am

Takziah, ibu mertua Cik Manggis meninggal dunia

2019-05-08

PENYANYI dan pelakon, Cik Manggis (De’fam) berkongsi berita sedih tentang kehilangan ibu mertuanya, Farida Hassan, 62, yang meninggal dunia pada Sabtu lalu.

 

Bagaimanapun punca kematian tidak dimaklumkan.

 

Cik Manggis berkongsi tentang keadaan arwah ibu mertuanya yang ketika itu sedang kritikal dan dirawat di ICU.

 

“Mak tau kan kita sayang mak sangat sangat? Tapi ALLAH lebih sayangkan Mak. Dia jemput Mak dalam keadaan yang sangat baik. Mak pergi dalam keadaan senyum, urusan mudah, cuaca panas tapi tempat Mak redup.

 

“Segalanya dalam keadaan baik sebab Mak orang baik. Tak pernah tindas orang, selalu sayang orang. Anak orang pun mak layan macam anak sendiri termasuk Wani. Untung Wani dapat ibu mertua macam Mak.

 

“Mak kerja kuat sangat kat sini, tiba masa Mak rehat ya. Semoga Mak tenang dan bahagia di Syurga tertinggi disisi Abah. InsyaALLAH, amin,” luah Cik Manggis menerusi laman Instagramnya semalam.

 

Cik Manggis atau nama sebenarnya, Nurshazwani Shamsuddin mendirikan rumah tangga dengan suami, Syazmin Amin pada Oktober 2014.

 

Sumber:SinarHarian/http://bit.ly/2vIRFa7

 

Average: 3 (1 vote)