20 March 2019, Wednesday | 12:18am

Sultan Nazrin mencemar duli dengan menaiki ETS

2019-01-09

Petaling Jaya – Rakyat jelata hari ini memuji sikap ‘berjiwa rakyat’ Sultan Nazrin Muizzudin Shah yang juga pemangku jawatan Yang Di Pertuan Agong selepas gambar keluarga kerabat di raja Perak itu menaiki tren ETS dari Ipoh Ke Kuala Lumpur viral.

Sebuah posting dari pengguna Twitter yang memegang nama KucingLamaDiTahunBaru memaparkan gambar Sultan Nazrin ditemani Raja Permaisuri Perak Tunku Zara Salim bersama anak – anaknya kini sedang hangat di bual di ruangan sosial media.

Posting itu telah menjana reaksi yang positif dan mendapat pujian dari netizen.

Setakat ini, topik mengenai Sultan Nazrin menaiki kemudahan awam ETS telah menjana lebih dari 5,095 tweets dan lebih dari 7,000 likes.

Berikut adalah beberapa posting yang diberikan oleh beberapa pengguna twitter kepada Sultan Nazrin.