18 February 2019, Monday | 01:33pm

Sufian Suhaimi Komen Foto Panas Lelaki Miripnya Tidur Bersama Seorang Wanita

2019-02-07

Selepas berjaya merangkul Anugerah Persembahan Terbaik di AJL 33 dan viral dengan persembahan lagu Di Matamu yang penuh maksud mendalam, timbul pula cerita kurang enak apabila tersebarnya foto seorang lelaki mirip penyanyi Sufian Suhaimi tidur bersama seorang wanita.

Meskipun dihimpit dengan pelbagai soalan, Sufian nampaknya tidak cepat melatah dan menjelaskan beliau sendiri tidak pasti mengenai perkara itu. Kata Sufian, tidak mustahil ianya satu ‘serangan’ untuk menjatuhkan imejnya.

Saya tak tahulah kerana ada banyak muka Sufian Suhaimi dekat Malaysia ni. Sebelum ini, ada pengawal keselamatan, macam-macamlah. Saya pun tak pasti dengan gambar itu.

Mungkin itu adalah salah satu attack. Isu itu saya rasa tak perlu diperbesarkan. I think it is just another troll, by the netizen. Saya tak suka bila statement itu disalahgunakan atau pun diputarbelit, jadi saya rasa biarlah benda tu terhenti di situ saja.

Menurut Sufian, isu ini bukanlah satu perkara besar baginya. Di zaman teknologi serba canggih ini, banyak gambar di Internet boleh disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab hanya untuk mencipta sensasi.

Sumber: BeautifulNara

Average: 4 (1 vote)