17 July 2019, Wednesday | 03:31am

Skandal universiti: Lori Loughlin 'terpaksa' mengaku tidak bersalah

2019-04-18

PELAKON Lori Loughlin tiada pilihan lain selain mengaku tidak bersalah dalam komplot penipuan kemasukan ke kolej berprestij Amerika Syarikat.

Pelakon sitkom Full House itu dan suami, Mossimo Giannulli sebelum ini mengaku tidak bersalah terlibat dalam skandal tersebut pada Isnin.

Bagaimanapun, menurut pihak penguatkuasaan undang-undang kepada portal CNN, pihak pendakwa raya tetap akan mencadangkan hukuman penjara terhadap kesemua 33 ibu bapa yang terlibat dalam skandal tersebut.

Terdahulu, Loughlin dan suami didakwa membayar sebanyak AS$15,000 dengan mengupah orang lain menduduki peperiksaan bagi anak-anak mereka.

Sebelum ini pelakon Felicity Huffman yang terlibat dalam skandal sama dicadangkan untuk terima hukuman 10 bulan penjara.

Ia selepas Huffman didakwa terlibat dalam komplot penipuan kemasukan ke kolej berprestij Amerika Syarikat.

Huffman merupakan salah seorang daripada 13 ibu bapa yang mengaku bersalah terlibat dalam skandal tersebut minggu lalu.

Sumber:AstroAwani/http://bit.ly/2KLWqu3

 

No votes yet

Tags: