11 December 2018, Tuesday | 03:02am

Siti Nurhaliza jawab dakwaan pakai busana ciplak

2018-12-07

BUSANA yang disarungkan oleh penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza pada majlis Nona Superwoman Award 2018 baru-baru ini mencuri perhatian ramai.

Fesyen rekaaan pereka terkenal Rizman Ruzaini itu menjadi bualan netizen kerana ciptaan itu sangat mewah dan bersesuaian dengan imej dan reputasi Siti Nurhaliza.

Namun begitu, sebuah akaun Instagram yang sering bercerita mengenai topik fesyen, @fash_observer memuat naik busana yang disarungkan oleh Siti dan membandingkannya dengan rekaan pereka fesyen antarabangsa kelahiran Lebanon, Ziad Nakad.

"Rizman Ruzaini 2018 vs Ziad Nakad 2017 #FashionPolice," tulis akaun tersebut di ruangan kapsyen.

Siti Nurhaliza, 39, yang mengikuti akaun Instagram turut meninggalkan respon di ruangan komen.

"Hahaha... Hebat mencari," tulis Siti Nurhaliza.

Membalas komen penyanyi lagu Anta Permana itu, pemilik akaun @fash_observer itu memuji penampilan Siti Nurhaliza dan mengucapkan tahniah kepadanya.

"@ctdk while looking stunning last night, congratulations untuk dua awards yang Datuk Seri terima. You deserve it. #SitiZoners," balas @fash_observer.

Namun begitu, terdapat seorang netizen yang meninggalkan komen dan menuduh jenama Rizman Ruzaini menciplak rekaan pereka fesyen lain.

"Cantik Datuk @ctdk. Dan tentu cantik rekaan @rizmanruzaini yang terkenal dengan design yang menciplak rekaan designer lain," tulisnya.

Seperti biasa, Siti Nurhaliza yang tidak pernah melatah atau marah-marah dengan dakwaan nakal menjawab tuduhan sedemikian dengan ayat yang sungguh berlapik bagi menjernihkan keadaan.

"Memang saya beri design ni rujukan untuk Rizman Ruzaini buat sesuaikan dengan imej bertudung saya," balas Siti Nurhaliza.

Sebelum ini, menerusi laporan Media Hiburan, Siti Nurhaliza, 39, mengakui beliau mengambil inspirasi rekaan gaun tersebut daripada pereka antarabangsa itu.

"Apabila ditunjukkan konsep atau teaser majlis untuk malam ini, hati saya kata ‘wow’ dan mengapa tidak untuk lakukan ‘extra persiapan’.

"Jadi saya ada terlihat satu rekaan dari pereka antarabangsa, lalu saya hantarkannya pada Rizman Ruzaini.

"Kata saya ‘mampu ke? Rizman Ruzaini kata ‘boleh’. Jadi itulah, Rizman pun reka mengikut caranya," kata Siti Nurhaliza lagi.

Dalam perkembangan lain, penyanyi yang juga ibu kepada bayi comel Siti Aafiyah kini masih giat mempromosikan single Anta Permana selain baru sahaja dilantik menjadi duta periuk tahan lekat jenama Vantage.

 

Sumber: astroAwani

 

Average: 5 (1 vote)