19 May 2019, Sunday | 03:37pm

Siti mahu wariskan SimplySiti kepada Aafiyah

2019-04-18

KUALA LUMPUR - Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berhasrat untuk mewariskan empayar perniagaan kosmetik SimplySiti kepada anaknya, Siti Aafiyah.

 

Siti selaku Presiden SimplySiti berkata, beliau dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa memang bercita-cita mahu melihat Aafiyah menceburi bidang perniagaan apabila sudah meningkat dewasa kelak.

 

“Walaupun Aafiyah baru berusia setahun, tetapi dia suka dan teruja apabila melihat saya sedang bersiap dan mengenakan solekan.

 

“Jadi, jika Aafiyah benar-benar berminat dengan bidang perniagaan kosmetik, syarikat ini (SimplySiti) akan saya wariskan kepadanya,” ujar Siti ketika ditemui pada majlis pelancaran Epie X

Siti by SimplySiti di Glasshouse Seputeh, di sini sebentar tadi.

 

Terdahulu, penyanyi lagu Anta Permana itu pernah memberitahu yang beliau dan suami tidak menggalakkan anaknya itu untuk bergelar penyanyi.

 

Menurut Siti, beliau lebih selesa mendedahkan Aafiyah dengan ilmu agama sejak kecil. - K! ONLINE


Sumber:Kosmo/http://bit.ly/2UGNpqQ

No votes yet

Tags: