24 March 2019, Sunday | 09:55am

Siapakah identiti wanita bertudung dalam video kelab bolasepak Liverpool

2019-02-12

Baru – baru ini tular sebuah video yang menunjukkan seorang wanita bertudung membuat pemeriksaan keatas Joe Gomez dipusat latihan pasukan kelab bolasepak ternama Liverpool.

Berbagai reaksi dilontarkan oleh para netizen.

Ini kerana wanita itu kelihatan seperti seorang yang berbangsa melayu dan biasa dilihat di tanah air kita sendiri.

Sejak dari saat itu, para netizan memulakan usaha untuk menjejaki siapakah wanita berkenaan  dan hasil daripada penemuan tersebut memang sah yang wanita tersebut merupakan seorang rakyat Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran sebagai Doktor Falsafah PHD dalam bidang fisiologi kardiovaskular di Universiti Liverpool John Moores.

Aleah Mohammad seorang rakyat Malaysia memulakan pengajiannya di Liverpool dan mula terlibat dalam ujian saringan kelab terkenal dunia itu apabila ditawarkan oleh penyelia kursus Profesor Dr. John Samauroo yang juga merupakan Pakar Perunding Kardiologi untuk FA England dan Liverpool.

Kemunculan Aleah di dalam video belakang tabir Liverpool FC telah mendapat pujian rakyat Malaysia yang berbangga disamping mendoakan kejayaan beliau di  dalam pendidikannya.

-kwiknews

 

No votes yet