24 April 2019, Wednesday | 04:56pm

Shuttle Bus Ibarat Bas Pelancong di KLIA

2019-03-22

Baru-baru ini tular di laman sosial video tentang perkhidmatan shuttle bus, di lapangan terbang Kuala Lumpur, (KLIA).

Ekoran penularan video itu, ramai netizen yang memuji perkhidmatan shuttle bas tersebut dan meluahkan keinginan untuk menggunakannya.

Dalam waktu perjalanan singkat selama 4 hingga 5 minit, para pelancong dapat mempelajari trivia-trivia menarik mengenai KLIA daripada tour guide yang bertugas. Selain itu, para pelancong juga berpeluang untuk menikmati pemandangan landasan kapal terbang dengan lebih dekat. Paling best sekali, semua ini percuma! Anda tidak perlu mengeluarkan sesen pun untuk menaiki bas ini. Perkhidmatan bas ini juga beroperasi setiap hari 24/7 jam.

Antara perkara menarik mengenai perkhidmatan bas ini ialah semestinya tour guide yang menemani sepanjang perjalanan. Namun begitu, tour guide hanya bertugas pada masa masa tertentu.

Jadi mcm mana nak naik bas ini ?

Nak naik bas ini senang je. Lokasi bas ini terletak berdekatan dengan stesen aerotrain. Anda perlu mengikut laluan tangga dan turun ke aras bawah untuk sampai ke lokasi stesen bas. Jika anda masih keliru dengan lokasi sebenar stesen bas, anda boleh bertanya kepada ambassador KLIA yang bertugas di kawasan berkenan.

Selamat jalan dan selamat mencuba!!!

 

-kwiknews

Imej: kila2

Average: 5 (1 vote)