21 June 2018, Thursday | 05:13am

Sentuhan Kasih Petronas menyemarakkan semangat Aidilfitri

2018-06-13

Ramadhan membawa banyak makna kepada masyarakat Islam, di antaranya adalah untuk meraikan golongan yang kurang berkemampuan dan menyumbang kepada keperluan mereka. Petronas sekali lagi telah tampil dengan program Sentuhan Kasih, satu daripada inisiatif pelaburan sosial korporat (CSI) untuk membantu meringankan beban bagi mereka yang memerlukan.

Tahun ini, RM5 juta telah diperuntukkan bagi memberi bantuan bulanan dalam segi produk makanan asas yang diagihkan kepada keluarga terpilih, melalui ‘pembayaran tanpa tunai’ yang boleh digunakan di pasaraya. Bagi musim perayaan pula, bantuan tambahan bernilai RM240 akan diberikan kepada setiap keluarga.

Di pertengahan bulan Ramadhan, Petronas telah mengadakan Majlis Iftar Perdana Petronas pada 20 hingga 26 Mei di 7 lokasi seluruh Malaysia, dan mengagihkan zakat kepada 1,000 orang golongan asnaf dengan sumbangan wang tunai bernilai RM100 dan RM200, bersama bekalan makanan kepada keluarga miskin. Anak-anak syarikat Petronas juga aktif dalam penganjuran acara khas untuk penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) seramai 500 orang. Petronas Gas Berhad (PGB) dan jabatan undang-undang Petronas telah mengagihkan beras untuk 200 keluarga dan menyediakan hampir tiga tan keperluan Hari Raya.

Selain itu, Petronas Penapisan (Melaka) Sdn Bhd dan Badan Kebajikan Islam Petronas (BAKIP) menyalurkan RM175,300 kepada anak yatim, keluarga miskin dan pelajar sekolah di Melaka. Petronas telah pun menyakatan bahawa ia komited terhadap penyumbangan yang konsisten dan pelancaran program yang memanfaatkan dan membantu kesejahteraan komuniti.

No automatic alt text available.

 

Sumber: BERNAMA

Gambar Utama: mole

Infografik: kwiknews

Average: 5 (2 votes)