20 March 2019, Wednesday | 12:16am

Senarai penghijrahan pemain EPL bulan Januari

2019-01-08

DOMINIC Solanke dan Nathaniel Clyne dari Liverpool menyertai Bournemouth.

Solanke menyertai Bournemouth secara tetap dengan bayaran perpindahan £19 juta manakala Clyne secara pinjaman sehingga akhir musim.

Solanke menyertai Liverpool dari Chelsea pada 2017 selepas kontraknya bersama skuad the Blues tamat.

Clyne pula mencari tempat dalam kesebelasan utama selepas bukan lagi menjadi pilihan pengurus Liverpool, Jurgen Klopp.

Chelsea pula menandatangani penyerang Borussia Dortmund, Christian Pulisic dengan bayaran £58 juta.

Pemain berusia 20 tahun dari Amerika Syarikat itu, yang dikaitkan dengan Liverpool dan Arsenal, sebelum ini berkata dia hanya akan menyertai Chelsea pada musim depan.

Huddersfield meminjam Jason Puncheon dari Crystal Palace selepas gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama Palace.

Pemain berusia 32 tahun itu hanya disenaraikan dalam skuad utama Palace dalam tiga kejohanan kalah mati dan hanya lima kali dimasukkan sebagai pemain gantian dalam Liga Perdana Inggeris.

Selain itu, Huddersfield juga mendapatkan khidmat Jaden Brown dari Tottenham Hotspur.

Bagaimanapun, bayaran perpindahan bagi pertahanan kiri itu tidak didedahkan.

Dalam pada itu, Wolverhampton Wanderers menandatangani pemain berusia 18 tahun, David Wang, dari kelab divisyen empat Sepanyol, Jumilla B (Estudiantes).

Bagaimanapun, Wang dipinjamkan ke Sporting CP untuk membantu pembangunan prestasinya di sana.

 

AstroAwani

No votes yet