20 May 2019, Monday | 05:43am

'Saya bangga Ella jadi ikon kemanusiaan'

2019-05-07

SUAMI kepada Ratu Rock Negara, Ella, Azhar Ghazali, meluahkan rasa bangga apabila isterinya dilantik menjadi ikon kemanusiaan, pada awal April lalu.

 

"Saya berbangga apabila dia dilantik sebagai ikon kemanusiaan. Malah saya sebenarnya berbangga dengan segala pencapaian dia.

 

"Saya hanya sekadar memberikan sokongan moral dan apa yang termampu tak lebih dari itu," ujarnya kepada Sinar Harian.

 

Terdahulu, Ella telah dilantik oleh syarikat badan bukan kerajaan Kebahagiaan Kemanusiaan Berhad tersebut atas dasar keperihatinannya terhadap mangsa-mangsa perang.

 

Sementara itu, Ella atau nama lengkapnya Nur Zila Haji Aminuddin, berkata, dengan lantikan itu secara tidak langsung menjadikan dia lebih yakin untuk melakukan apa sahaja yang dirasakan kurang keyakinan diri.

 

"Dengan lantikan ini secara tak langsung ia meyakinkan saya boleh buat apa yang selama ini saya suka tapi tak buat," jelasnya yang menganggap sebagai penyuntik semangat.

 

Difahamkan Ella telah selamat pulang ke tanah air daripada misi kemanusiaannya di Lubnan.

 

Melalui perkongsiannya di IG, dapat dilihat penyanyi ini berasa sedih dengan kesan perang yang berlaku di sana.

 

Sumber:SinarHarian/http://bit.ly/2VnrPrx

 

Average: 3 (1 vote)

Tags: