18 February 2019, Monday | 01:28pm

Sala atur perjalanan sendiri - Pengerusi Cardiff

2019-01-24

LONDON: Emiliano Sala mengatur perjalanannya sendiri ke Cardiff, menurut pengerusi kelab Liga Perdana itu, hari ini ketika misi pencarian pemain yang hilang dalam pesawat dinaikinya diteruskan.

Sala, yang menandatangani perjanjian bersama Cardiff City daripada kelab Ligue 1 Perancis, Nantes dengan jumlah perpindahan 17 juta euro (RM80.06 juta) dilaporkan sedang dalam perjalanan menuju ke ibu negara Wales menggunakan pesawat ringan enjin tunggal Piper PA-46 Malibu.

Objek terapung dijumpai di kepulauan Channel dan polis British island of Guernsey, yang bertempat di persisiran utara Perancis menyatakan peluang untuk penumpang selamat adalah “tipis”.

Kelab itu memberitahu Wales Online yang mereka sudah menawarkan kepada penyerang baru mereka itu untuk menggunakan pesawat komersial ke Cardiff.

“Kami sudah bercakap dengan pemain itu dan bertanya kepadanya jika dia mahu kami menguruskan perjalanan penerbangannya yang mana kemungkinan adalah penerbangan komersial,” kata Pengerusi Cardiff, Mehmet Dalman.

“Beliau menolaknya dan mengurus sendiri perjalanannya.

“Saya tak boleh beritahu anda siapa yang uruskan penerbangannya kerana sehingga sekarang saya masih tak tahu – tetapi ia pastinya bukanlah Cardiff City.”

Dalman berkata pengurus kelab, Neil Warnok berada dalam “keadaan terkejut”. – AFP

No votes yet