24 March 2019, Sunday | 09:47am

PTPTN terima RM14.5 bilion bayaran balik pinjaman setakat Januari 2019

2019-03-13

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) — Jumlah keseluruhan bayaran balik pinjaman yang diperoleh pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) setakat Januari tahun ini adalah sebanyak RM14.5 bilion, kata Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching.

Beliau berkata jumlah keseluruhan yang sepatutnya diterima oleh PTPTN dari peminjam adalah sebanyak RM20.9 bilion.

“Jumlah bayaran balik diterima PTPTN pada tahun 2018 adalah RM3.3 bilion berbanding RM3.9 bilion pada tahun 2017,” katanya pada sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat, di sini.

— BERNAMA

No votes yet