25 June 2019, Tuesday | 05:26pm

PSG alami kekalahan terburuk

2019-04-16

PARIS - Bintang muda Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe menganggap pasukannya seperti baharu bermain bola sepak selepas mereka mengalami kekalahan paling teruk dalam tempoh 18 tahun pada aksi Ligue 1 awal pagi semalam.

PSG seakan-akan serba tidak menjadi ketika mereka menanggung kekalahan memalukan 1-5 kepada pasukan pada tempat kedua, Lille di Stade Pierre Mauroy.

Pada aksi tersebut, Juan Bernat berjaya menyamakan kedudukan selepas Thomas Meunier menjaringkan gol sendiri untuk Lille mendahului perlawanan.

Bagaimanapun, Bernat tidak bernasib baik apabila dilayangkan kad merah sekali gus menyaksikan PSG beraksi pincang sehingga membolehkan Lille meledak empat lagi gol menerusi Nicolas Pepe, Jonathan Bamba, Gabriel dan Jose Fonte.

“Kami sepatutnya kalah pada perlawanan ini. Sebagai sebuah pasukan yang sentiasa meraih kejuaraan, kami tidak seharusnya tewas sebegini, bukan dengan tiga, empat atau lima gol yang bolos.

“Kami perlu bermain dengan lebih berkarakter dan ini masalah yang kami hadapi pada perlawanan kali ini. Kami tidak sepatutnya bermain se­perti pemain yang baru bermain bola sepak.

“Kami telah menja­ringkan tiga gol tetapi dua daripadanya dibatalkan. Lille tidak mempunyai peluang pada separuh masa pertama tetapi kami berpeluang untuk menjaringkan gol kedua,” katanya.

Sementara itu, jurulatih PSG, Thomas Tuchel mengakui mereka berdepan tugas berat untuk bertemu Nantes selepas ini ekoran masalah kecede­raan beberapa pemain utama selain penggantungan pemain. – Agensi

Sumber:Kosmo/http://tinyurl.com/y564r2v6

No votes yet

Tags: