25 June 2019, Tuesday | 05:21pm

Piala Asia - Qatar kejutkan Korea Selatan

2019-02-07

ABU DHABI: Abdelaziz Hatim meledak jaringan kemenangan lewat permainan ketika Qatar mengejutkan Korea Selatan 1-0 untuk mara ke separuh akhir buat pertama kali sebentar tadi.

Korea Selatan tampak akan menamatkan penantian 59 tahun dalam kejohanan itu namun terlepas banyak peluang pada babak pertama di Abu Dhabi sebelum Hatim meledak pada minit ke-78.

Korea Selatan perlu menanti hingga minit ketiga babak kedua untuk mendapat cubaan tepat ke sasaran apabila cubaan rendah Hwang Ui-jo diselamatkan Saad Al-Sheeb dalam kotak penalti.

Lee Chung-yong kemudian menyepak kencang namun tersasar dan cubaan kapten, Son Heung-min dinafikan Al-Sheeb sebelum sepakan percuma Kim Jin-su terkena palang.

Peluang yang dipersia-siakan itu kembali menghantui mereka apabila Hatim melepaskan sepakan jarak jauh kencang mengatasi penjaga gol Kim Seung-gyu seterusnya memberikan tuan rumah Piala Dunia 2022 itu kejayaan paling bermakna.

Hwang menyamakan kedudukan dua minit kemudian namun dibatalkan kerana ofsaid selepas keputusan dibuat video bantuan pengadil. - AFP

No votes yet