21 June 2018, Thursday | 04:59am

Petronas hulur sumbangan kepada mangsa banjir di pedalaman Dungun

2018-01-05

Wan Hasnan (dua dari kanan) mengagihkan sumbangan kepada mangsa banjir di Pasir Raja Dungun hari ini.

DUNGUN 3 Jan. - Petronas Wilayah Timur hari ini membawa keceriaan dengan menghulurkan sumbangan kepada 100 keluarga yang terjejas akibat banjir sejak beberapa hari lalu di dua buah kampung di pedalaman daerah ini.

Pengurus Besarnya, Wan Hasnan Wan Abdullah yang turun padang bersama 20 pegawai dan kakitangan menyerahkan barangan makanan dan keperluan asas di pusat pemindahan sementara, di Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja dan Kampung Syukor.

“Sumbangan berupa bekalan makanan dan kit kebersihan diri ini boleh digunakan sepanjang berada di pusat pemindahan. Ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat dalam membantu meringankan bebanan mangsa.

“Petronas turut membekalkan keperluan silinder gas memasak di PPS sekitar Kemaman dan Dungun,” katanya kepada pemberita.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Zuhami Omar dan Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Dungun, Kapt (PA) Ramlan Ros Wahid.

Wan Mohd Hasnan berkata, Petronas akan turut memberi bantuan pasca banjir dengan menggerakkan sukarelawan terdiri daripada kakitangannya untuk menjalankan kerja pembersihan rumah dan tempat awam yang terjejas. - UTUSAN ONLINE

 

Sumber: UtusanOnline/ http://bit.ly/2EZbCx2

 

Average: 5 (2 votes)