19 April 2019, Friday | 03:28am

Pelancong asing buat hal lagi di Kota Kinabalu

2019-01-18

Kota Kinabalu – Lagak pelancong asing yang  berkelakuan sesuka hati dan kadang kalanya tidak senonoh semakin menjadi – jadi di bandaraya Kota Kinabalu Sabah.

Kali ini, gelagat dua orang pelancong asing yang mempamerkan aksi melambung ‘pin bowling’ di hadapan para pengguna jalanraya yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat Wawasan Plaza.

Sebuah video yang memaparkan dua orang pelancong asing sedang melambung pin seperti pertunjukan sarkis mulai tular pada tanggal petang 17 Januari, namun tidak diketahui waktu bila kah mereka melakukan perkara itu.

Di dalam video yang berdurasi 40 saat itu, kedengaran beberapa pengguna jalan raya memekik ‘terbaik!” dan ada juga yang menyebut nama lagenda bolasepak dunia “Maradona!, diikuti siulan semasa mereka sedang ligat mempamerkan aksi.

Pelancong lelaki yang kelihatan riang itu kemudian menunjukkan kad flash dan mendekati seorang pengguna jalan raya setelah dia terdengar mereka mengucapkan ‘terima kasih’.

Pelancong itu menjawab dalam bahasa tempatan “sama - sama”.

Mujur, pertunjukan jalanan itu tidak menghalang lalu lintas kerana mereka berhenti bermain apabila lampu hijau menyala.

Awal tahun ini, Kota Kinabalu gempar seketika apabila gambar sepasang kekasih yang dipercayai pelancong asing sedang bercumbuan disebuah kolam air pancut di Gaya  Street tanpa pakaian tular.

Sehari selepas itu, seorang lelaki  hanya dengan memakai topi jerami ala percutian ditepi pantai ternampak berjalan melenggang tanpa sehelai benang di Jalan Bundusan.

Image result for jalan bundusan pelancong bogel

-kwiknews

Average: 5 (1 vote)