18 October 2017, Wednesday | 01:28pm

Pelajar histeria naik tangki air, seru nama ‘Saravanan’

2017-08-10

Seorang pelajar tingkatan empat nyaris terjun dari ketinggian kira-kira 12 meter akibat histeria, 9 Ogos 2017. — Foto ihsan Facebook/Bagan Serai Kampung HalamanKu

BAGAN SERAI, 10 Ogos — Seorang pelajar perempuan yang dikatakan histeria meracau dan memanggil nama lelaki ketika cuba terjun dari tangki air setinggi lebih 12 meter sebuah sekolah di sini semalam.

Menurut saksi, pelajar tingkatan empat berkenaan meracau dalam bahasa yang tidak dapat difahami sambil menyeru nama "Saravanan".

“Saya dengar dia sebut nama Saravan berulang kali dan macam nak terjun. Ketika itu ramai guru dan pelajar cuba pujuknya turun, tapi tak diendah,” katanya, yang mahu dikenali sebagai Jaafar seperti dilapor Sinar Harian.

Remaja itu dikatakan murung sejak kelmarin sebelum tiba-tiba berlari dari kelas ketika sesi pembelajaran menuju ke tangki air di sebelah asrama sekolah.

Pihak sekolah kemudian menghubungi Jabatan Bomba Bagan Serai serta pengamal perubatan Islam bagi membantu.

“Anggota mengambil masa kira-kira 10 minit memujuk mangsa, namun gagal. Dalam tempoh itu, mangsa dilihat nekad untuk terjun,” kata ketua operasi bomba Nasir Wahab.

“Apabila mangsa cuba untuk turun tangki air itu, anggota terus menerpa mangsa dan membawanya turun sebelum diserahkan kepada pihak sekolah untuk tindakan lanjut.”

 

Sumber: TheMalayMail/ http://bit.ly/2vQGL3v

Average: 5 (1 vote)