25 June 2019, Tuesday | 05:27pm

Pasangan kekasih hidap kanser tarik perhatian Neelofa

2019-04-15

KUALA LUMPUR - Pengacara Neelofa mengajak pengikutnya di laman sosial untuk menghulurkan bantuan kewangan terhadap seorang wanita bernama Azira yang menghidap penyakit kanser limfoma Hodgkin.

 

Lebih menyedihkan, kekasih kepada wanita tersebut turut menghidap kanser.

 

“Mari kita hulurkan bantuan terhadap pasangan kekasih ini yang menghidap kanser.

 

“Semoga Allah memberikan kesembuhan kepada mereka berdua,” kata Neelofa menerusi akaun Facebooknya baru-baru ini.

 

Masih dalam rawatan kimoterapi, Azira kini menghidap kanser tahap dua.

 

Bagi yang ingin menghulurkan bantuan, boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank 155 015 212 969. - K! ONLINE


Sumber:Kosmo/http://tinyurl.com/y37tlrwq

No votes yet

Tags: