21 June 2018, Thursday | 05:15am

Negeri Perlis semakin mashyur dengan penggunaan tanda pagar #PerlisIsSoSmall

2018-05-25

Semalam kita dikejutkan dengan berita yang agak memeranjatkan atau mungkin memalukan dari Perlis apabila terdapat beberapa ahli exco Barisan Nasional yang tidak hadir semasa upacara penyampaian watiqah perlantikan Menteri Besar Perlis yang baru iaitu Datuk Seri Azlan Man kerusi DUN Bintong.

Didapati hanya beberapa ADUN PAS dan PKR sahaja yang hadir manakala sebilangan besar ADUN dari Barisan Nasional yang menang 2 per tiga kerusi Dewan Undangan Negeri Perlis semasa PRU ke 14 baru - baru ini tidak hadir pada majlis yang disampaikan oleh Raja Perlis iaitu Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalulail.

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin ternyata murka dengan tindakan Sembilan ADUN BN yang tidak hadir pada majlis lantikan dan angkat sumpah Menteri Besar Perlis di Istana Arau.

Tuanku percaya tindakan ini adalah untuk menjaga kepentingan sesetengah puak dan pihak.

Oleh kerana kejadian yang memalukan ini berlaku di sebuah negeri paling kecil di Malaysia iaitu Perlis Indera Kayangan, para netizen mula bergurau dilaman sosial dengan berkongsi pendapat mereka secara sinis mengenai negeri Perlis menggunakan hashtag #PerlisIsSoSmall. Ia telah menjadi trending sejak dari malam tadi dan masih dimainkan oleh para pengguna dilaman sosial sehingga kini.

Berikut adalah posting kelakar #PerlisIsSoSmall yang dikumpul dari laman facebook dan Twitter.

1. 

Image may contain: text

2.

Image may contain: text

3.

Image may contain: 1 person, meme and text

4. 

5.

6. 

7. 

8.

No automatic alt text available.

Artikel MF Bahar

25 May 2018, 10:00AM

Rujukan: astroAwani, Kosmo, mgag

Average: 5 (2 votes)