11 December 2018, Tuesday | 10:49pm

Nama The Rock dipahat atas Walk of Fame

2017-12-15

DWAYNE JOHNSON (kiri) bersama Lauren Hashian dan anak perempuannya, Jasmine Lia di Hollywood Walk of Fame, Los Angeles, California, kelmarin. - REUTERS

LOS ANGELES 14 Dis. – Aktor Dwayne Johnson yang juga po­pular dengan gelaran sebagai ahli gusti The Rock berterima kasih kepada keluarganya sele­pas na­ma­nya dipahatkan atas Hollywood Walk of Fame, semalam.

Aktor filem terbaharu Jumanji itu yang juga salah seorang pe­la­kon Hollywood yang menerima bayaran termahal itu dilihat beberapa kali terpaksa berhenti berucap kerana peminat menje­rit­kan namanya.

Dalam ucapannya, Dwyane, 45, melahirkan penghargaan terhadap mereka yang telah membantunya dalam karier sebagai pelakon termasuk kekasihnya, Laurel Hashian yang kini hamil anak kedua mereka.

“Kejayaan ini bukan datang sendiri dan tidak dilakukan seorang diri sebaliknya memerlukan satu pasukan, justeru saya amat berterima kasih terhadap mereka yang ada dalam hidup saya walaupun tidak ramai tetapi tanpa mereka maka siapalah saya,” katanya.

Selepas mengucapkan terima kasih kepada para peminatnya, Dwayne mengungkapkan kata-kata semangat yang dipegang sejak berusia 15 tahun iaitu ‘menjadi orang penting memang baik tetapi lebih penting menjadi orang baik’.

Bintang yang diberi kepada pe­la­kon itu untuk diletak pada Hollywood Walk of Fame merupakan bintang yang ke-2,624 diberi kepada selebriti Hollywood.

Bintangnya diletakkan ber­­sebelahan bintang milik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) World Wrestling Entertainment, Vince McMahon dan karektor ranca­ngan kanak-kanak popular, Kermit the Frog. – REUTERS

 

Sumber: UtusanOnline/ http://bit.ly/2zdIS2F

No votes yet