20 May 2019, Monday | 07:57pm

Nabila Huda sedih keguguran

2019-04-19

SEHARI selepas dihujani ucapan tahniah dalam laman Instagram berikutan kemenangannya merangkul anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30), aktres Nabila Huda mengejutkan banyak pihak apabila berkongsi berita sedih kerana mengalami keguguran.

 

Perkongsian pelakon drama bersiri Kamar Kamariah itu ternyata mengundang simpati pelbagai pihak apatah lagi Nabila mendedahkan, dia bersama suami, Mohd. Izwan Johar telah menanti zuriat selama empat tahun sejak berkahwin pada 2015.

 

Meski kekal positif dengan ketentuan Allah, bagaimanapun Nabila gagal menyembunyikan kesedihan naluri keibuannya terutama selepas melihat reaksi anak hasil perkahwinan terdahulunya, Keisha Laila, 9, ketika berkongsi mengenai khabar sedih itu.

 

Selepas tamat proses berpantang Nabila membuat kemunculan pertamanya pada majlis pengumuman duta kempen Ramadan Raya Media Prima Berhad baru-baru ini. Selain bercerita mengenai kisah dukanya, Nabila turut berkongsi mengenai aktiviti seninya sepanjang bulan Ramadan kali ini.

 

KOSMO!: Bagaimana keadaan Nabila selepas mengumumkan keguguran pada awal April lalu?

Nabila Huda: Alhamdulillah, saya okay dan kehidupan perlu diteruskan. Sudah tentu saya sedih kerana sudah lama menanti zuriat ini terutamanya suami. Namun, sudah ditakdirkan tiada rezeki.

Mungkin Allah membuat keputusan ini untuk memberikan saya lebih banyak masa berbulan madu bersama suami. Saya percaya perancangan Allah itu adalah yang terbaik.

Siapakah yang paling terkesan dengan berita keguguran tersebut?

Sudah tentu insan pertama terkesan dengan berita ini adalah suami. Namun, saya lebih sedih apabila memaklumkan berita ini kepada Keisha kerana dia sangat teruja menantikan kehadiran seorang adik.

Sebagai ibu, saya menerangkan keadaan sebenar kepada Keisha. Sejak daripada awal kehamilan, saya sudah memaklumkan kepada Keisha untuk tidak terlalu teruja. Selepas diberikan penjelasan dengan baik, Keisha dapat menerima hakikat.

Jika anda sudi kongsikan, apakah nasihat yang diberikan kepada Keisha?

Saya menganggap Keisha seperti rakan, jadi tiada rahsia antara kami. Saya terangkan kepada Keisha bahawa dia perlu bersyukur dengan ketentuan Allah kerana saya dan suami mempunyai lebih banyak masa memanjakan dirinya.

Sekiranya adik Keisha lahir, kami mungkin tidak dapat meluangkan banyak masa dengannya. Sebaik mendengar nasihat tersebut dia mula memahami dan mengesat air mata.

Tujuan saya menggunakan pendekatan tersebut supaya Keisha lebih faham mengenai situasi yang kami alami. Keisha juga lebih mudah menerima pendekatan sedemikian.

Anda kelihatan sangat kuat berdepan dugaan ini. Adakah anda langsung tidak terkesan dengan kehilangan ini?

Tipu saya tidak bersedih dengan kehilangan ini kerana kami telah lama menanti zuriat bersama-sama. Tetapi tiada gunanya saya bersedih secara melampau kerana kami boleh berusaha.

Seperti yang saya terangkan sebentar tadi, Allah lebih tahu yang terbaik. Mungkin Allah berasakan kami belum bersedia. Saya dan suami mempunyai banyak masa untuk berbulan madu. Kami boleh terus mencuba untuk mendapatkan cahaya mata.

Adakah anda duta kempen Ramadan Raya Media Prima Berhad?

Saya tidak terlibat sebagai duta kempen #SetulusIkhlas. Kehadiran saya hanyalah untuk mempromosikan drama baharu Kamar Kamariah.

Saya juga akan tampil dalam satu slot drama Iktibar terbitan produksi A. Aida Productions.

Apakah aktiviti seni anda sepanjang Ramadan ini?

Saya hanya berehat di rumah. Ramadan adalah waktu saya meluangkan masa sepenuhnya bersama keluarga dan untuk beribadah.

Saya akan mengehadkan aktiviti seni dan hanya akan menjalani penggambaran sebuah telefilem selama lima hari ketika bulan Ramadan nanti.

Sumber:Kosmo/http://bit.ly/2IJQNd9

 

Average: 5 (1 vote)

Tags: