21 February 2018, Wednesday | 11:14am

Mesej Kemaafan, Kasih Sayang dan Kedamaian Iklan Petronas

2018-02-13

Setiap kali musim perayaan, pastinya ramai menantikan iklan Petronas yang selalu menyentuh perasaan dan minda penontonnya. Minggu Tahun Baru Cina ini menjadi lebih bermakna dengan filem web Petronas yang baru dilancarkan sempena perayaan ini. Seperti iklan-iklan Petronas sebelum ini, ia menekankan mesej kemaafan, kasih sayang diantara keluarga dan kedamaian.

 ‘A Long Way Home’, tajuk filem web yang berlangsung selama empat minit itu menceritakan isu jurang generasi, bagaimana perbezaan pandangan ayah dan anaknya. Seong, seorang pemuda dan ayahnya dalam perjalanan ke kampung untuk merayakan Tahun Baru Cina bersama satu keluarga. Ketika dalam perjalanan balik, bermulanya perbalahan diantara mereka berdua.

Dalam perbalahan itu, Seong berasa amat bersalah sebab terkenang semasa kecil dulu dan betapa bahagianya dia meluangkan masa bersama ayahnya. Isu ini mudah diselesaikan jika kedua-dua pihak boleh terima cara baru dan pandangan masing-masing, seperti istilah “give and take”.

“Melalui filem web ini dan iklan perayaan kami sejak dua dekad lalu, Petronas dapat menjangkau dan berhubung dengan penontonnya, menerapkan mesej yang memberi tumpuan kepada nilai-nilai murni yang boleh dikaitkan dengan kita semua. Tahun ini, kami telah memperluaskan mesej perayaan untuk mencapai penonton antarabangsa sejajar dengan usaha penjenamaan antarabangsa syarikat. Inilah cara yang tebaik untuk berhubung dengan penonton kami,” komen yang diberikan oleh Zahariah (Liza) Abdul Rahman, Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas.

Penonton boleh log in ke website www.petronasofficial.com untuk menonton filem web ini, dan iklan TV 60 saat akan disiarkan mulai 10 hingga 18 Februari 2018.

 

Ditulis oleh: Sarah,S

Sumber Gambar: PETRONASOFFICIAL/http://bit.ly/2EmjtYE

 

 

Average: 3.7 (3 votes)