18 February 2019, Monday | 01:20pm

McIlroy terdesak sertai kelompok juara

2019-01-24

SAN DIEGO: Rory McIlroy menyedari orang ramai tidak akan berhenti bercakap mengenai persembahannya sehinggalah dia memenangi kejohanan dengan lebih kerap.

Sekali pun menjuarai 14 gelaran Jelajah PGA termasuk empat kejohanan utama serta sembilan lagi di serata dunia, pemain dari Ireland Utara itu kelihatan tidak mencetuskan kebimbangan lawan terutama pada pusingan terakhir kebelakangan ini.

Pemain berusia 29 tahun itu hanya memenangi satu gelaran jelajah pada tahun lalu di Jemputan Arnold Palmer, serta hampir memenangi kejohanan di beberapa kejohanan termasuk berada di kedudukan tiga terbaik di kejohanan seluruh dunia.

Kekecewaan terbarunya adalah pada pusingan akhir Kejohanan Juara-Juara Sentry di Hawaii tiga minggu lalu, di mana dia memulakan pusingan akhir ketinggalan tiga pukulan daripada pendahulu tetapi merosot apabila terikat di tempat keempat dengan bawah par 72. Mata terburuk oleh mana-mana pemain dalam pusingan terakhir adalah 74.

“Saya komited dengan perjalanan untuk memperoleh mata sehingga tiada lagi perdebatan, jadi saya perlu meletakkan diri saya di kedudukan itu,” kata McIlroy di Torrey Pines hari ini menjelang penampilan pertamanya di Terbuka Farmers Insurance.

“Sudah tentu bermain dengan baik bagi meletakkan diri saya di sana (pemburuan kemenangan),” katanya.

McIlroy sering bermain di Jelajah Eropah ketika ini tetapi memberi fokus di Amerika Syarikat berkemungkinan disebabkan jadual baru yang meletakkan empat kejohanan utama dimainkan antara Mei dan Julai serta musim Jelajah PGA yang akan berakhir pada Ogos.

“Ya, anda akan terlepas beberapa acara yang anda mahu bermain,” katanya. “Semuanya adalah bagaimana anda mengekalkan rentak diri.

“Anda boleh bermain tujuh acara dalam lapan minggu menjelang Augusta dan pada masa anda ke sana (The Masters), secara fizikalnya anda tidak apa-apa tetapi secara mentalnya mungkin tidak berada dalam keadaan terbaik.

“Kemungkinan besar saya akan bermain dalam enam daripada tujuh acara pada Mei dan Jun (dan) tujuh daripada lapan lagi pada Julai dan Ogos.” – Reuters  

 

No votes yet