21 June 2019, Friday | 12:27am

MAHB sedia mengasap kumpulan lebah

2019-01-09

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) sedang mengawasi sekumpulan lebah di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA2 (klia2) dan bersedia menjalankan pengasapan sekiranya serangga itu tidak meninggalkan tempat ia berkerumun.

MAHB dalam satu kenyataan menyatakan bahawa pihaknya sedar tentang sekumpulan lebah di anjung Q4 klia2, bagaimanapun pihak berkuasa lapangan terbang itu menjelaskan bahawa ia bukannya sarang lebah.

“Kami pantau keadaan itu dan sekiranya lebah berkenaan tidak meninggalkan tempat ia berkerumun kami akan meminta pihak kawalan serangga membuat pengasapan bagi mengelakkan pembentukan ​​​​​​​sarang lebah.

Dalam kes ini, katanya, kumpulan serangga itu muncul antara 10 hingga 11 pagi ini. Sekiranya serangga itu masih ada, pihaknya akan terus mengambil tindakan pengasapan, menurut kenyataan itu lagi.

Menurut MAHB aktiviti itu biasanya dilakukan pada waktu malam untuk tujuan keselamatan kerana adalah berbahaya untuk menganggu lebah itu pada waktu siang.

Menurut kenyataan itu, adalah menjadi kebiasaan bagi sekumpulan lebah yang berpindah randah untuk berkumpul di lapangan terbang terutama dicelahan dan kebiasaannya akan terbang apabila hujan atau angin kencang.

“Kami tidak pernah menghadapi gangguan disebabkan oleh kumpulan lebah sebelum ini,” tambah kenyataan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia Tan Sri Tony Fernandes dalam hantaran twitter mengkritik kewujudan lebah di lapangan terbang itu.

Dalam tweetnya Fernandes juga memuat naik gambar sekumpulan lebah di bahagian hadapan bangunan klia2 dan berkata keadaan ini amat merbahaya kepada pelanggan dan kakitangan syarikat penerbangan itu.

 

- Bernama

Sumber: SinarHarian

 

 

Average: 5 (2 votes)

Tags: