26 September 2018, Wednesday | 09:46pm

Konsert Sheila Majid di Jakarta ditangguh

2018-01-11

Konsert Sheila Majid di Jakarta ditangguhkan ke satu tarikh lain yang belum diumumkan.

KUALA LUMPUR 11 Jan. - Konsert penyanyi Datuk Sheila Majid yang dijadualkan berlangsung di Jakarta, Indonesia pada 20 Januari ini dtangguhkan ke satu tarikh lain yang belum diputuskan.

Menerusi pengumuman rasmi yang dibuat oleh pengurusan penyanyi ini menerusi laman Instagram rasminya, penangguhan Sheila Majid The Concert Jakarta 2018 disebabkan oleh masalah teknilal yang tidak dijangkakan.

Bagaimanapun menurut kenyataan tersebut, bagi para peminat yang telah pun membeli tiket konsert, boleh menggunakan tiket yang sama untuk ke konsert penyanyi itu di Jakarta kelak.

Malah, para pemegang tiket tersebut juga bakal menerima penaiktarafan secara percuma dan mendapat barangan rasmi daripada pihak pengurusan artis berkenaan.

Dalam masa yang sama, pengurusan Sheila Majid memohon maaf di atas penangguhan yang tidak dijangka itu. Bagi mereka yang inginkan maklumat lanjut mengenai tiket boleh menghubungi loket.com di talian +622121282126, +622121282127 atau e-mail support@loket.com. - UTUSAN ONLINE

 

Sumber: UtusanOnline/ http://bit.ly/2AOyJqw

No votes yet