19 April 2019, Friday | 03:17am

Khabib, McGregor dihukum

2019-01-30

LONDON: Conor McGregor dan juara lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov masing-masing dikenakan denda dan penggantungan oleh Suruhanjaya Sukan Nevada susulan pasca pertarungan luar biasa yang meletus di Las Vegas, 6 Okotober lalu.

Salinan perjanjian hukuman itu menunjukkan suruhanjaya berkenaan mengundi untuk mengenakan penggantungan selama sembilan dan denda sebanyak AS$500,000 (RM2.05 juta) kepada Nurmagomedov.

Manakala McGregor digantung enam bulan dan denda AS$50,00 (RM205,358) di atas pergaduhan yang tercetus selepas Nurmagomedov mempertahankan gelarannya.

Kedua-dua hukuman itu berkuatkuasa pada 6 Oktober –tarikh pertarungan berlangsung – dan hukuman penggantungan Nurmagomedov boleh dikurangkan sebanyak tiga bulan jika dia melaksanakan khidmat masyarakat dengan menyebarkan mesej kempen anti buli.

Dalam reaksinya terhadap hukuman itu, Nurmagomedov memuatnaik entri di Twitter dengan berkata: “Politik selamanya.”

Pengurus McGregor, Audie Attar dalam kenyataannya berkata: “Kami  bersyukur dengan keputusan yang dibuat suruhanjaya dan keputusan itu membolehkan peminat kembali menyaksikan pejuang mereka kembali ke Octagon.”

Dalam insiden itu, Nurmagomedov tidak melepaskan cengkamannya selepas McGregor sudah mengalah sebelum petinju dari Russia itu keluar gelanggang untuk menyerang ahli kumpulan McGregor. – Reuters

 

No votes yet