21 June 2019, Friday | 12:37am

Kerajaan perlu segera rangka langkah atasi kenaikan kos makanan - Sultan Nazrin

2019-04-16

IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini bertitah agar kerajaan segera merangka langkah-langkah strategik untuk menangani peningkatan kos bahan makanan.

 

Baginda bertitah, langkah-langkah strategik tersebut wajib memberi keutamaan terhadap peranan penting serta keperluan kritikal sektor pertanian.

 

"Kos bahan makanan yang meningkat semakin membebankan hidup rakyat.

 

"Keresahan rakyat terhadap kos bahan makanan yang meningkat hendaklah dibaca dengan tepat, ditafsirkan sebagai loceng amaran, memperingatkan kerajaan agar segera merangka langkah-langkah strategik," titah baginda.

 

Sultan Nazrin beritah demikian ketika merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Perak ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini.

 

Turut berangkat Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

 

Terdahulu, Sultan Nazrin berkenan memeriksa kawalan kehormatan terdiri daripada 102 anggota dan tiga pegawai daripada Batalion Pertama Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta diketuai DSP Muhammad Ulul Azmi Muhamed. - Bernama

 

Sumber:Kosmo/http://tinyurl.com/y4nnl3jk

 

No votes yet

Tags: