21 June 2019, Friday | 12:28am

Kemalangan pertama melibatkan Proton X70 baharu

2019-01-11

Kapar – Tular di laman sosial satu kemalangan yang melibatkan kereta paling baru dipasaran jenama Proton X70 terbabas ke dalam parit di Jalan Keretapi Lama menghala ke Tok Muda, kira – kira jam 2.30 petang semalam.

Difahamkan bahawa kejadian itu berlaku selepas pemandu berkenaan cuba mengelak kereta lain yang tiba – tiba keluar dari simpang.

Mujur, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Sudah pasti pemandu kereta tersebut terpaksa menghadapi detik cemas apabila terlibat dalam kemalangan yang hampir melibatkan nyawa, ini dapat dilihat melalui kesan kerosakan pada gambar yang dimuat naik oleh Info roadblock/JPJ Polis menerusi laman Facebook.

Namun kepada segelintir netizen, mereka menjadikan kemalangan itu sebagai satu bahan jenaka.

Diruangan komen seorang pengguna Facebook,

“Hi Proton, bring me home”…Proton lupa update map…masih map China…tu yang bawa masuk parit tu…) Hi Proton, bawa saya pulang ke rumah…Proton lupa nak kemas kini peta, masih (guna) peta China.

Bagi seorang lagi pengguna Facebook, “Syukur Rapidin berharap agar semua urusan mangsa kemalangan dipermudahkan."

“Kepada yang gembira tu, mungkin sebab bukan kena pada diri sendiri atau keluarga anda…kalau kena pada diri sendiri, saat itu baru anda tahu perasaan kena gelak di saat anda terkena musibah,” katanya.

Seorang lagi pengguna Facebook, Assalamualaikum Norrina mendakwa, kes kemalangan banyak berlaku di kawasan berkenaan disebabkan jalan yang tidak rata selain terdapat simpang di laluan berkenaan.

Ada juga dikalangan netizen mendakwa penggunaan arahan suara yang ada pada Proton X70 membahayakan pemandu.

“Kepada pengguna X70, jangan sesekali menggunakan ‘voice command’ ketika memandu. Kalau tak berfungsi, naya je,” tulis Abdul Rahman.

Semoga kita sama –sama terus mendoakan agar pemilik kenderaan ini agar tabah menghadapi dugaan.

Pada masa yang sama, janganlah kita menular berita yang tidak sahih sehingga mengaibkan seseorang.

Pastikan kesahihannya dahulu, tidak pasti jangan kongsi.

 

-kwiknews

 

 

 

 

No votes yet