21 March 2019, Thursday | 07:09pm

Keluarga usaha cari sendiri Sala

2019-01-30

LONDON: Keluarga pemain Liga Perdana, Emiliano Sala memulakan usaha mencari sendiri pesawat yang hilang ketika membawa pemain itu dekat Selat Inggeris selepas polis tempatan menamatkan misi menyelamat mereka.

Berita itu diumumkan oleh kempen memungut dana dalam talian untuk operasi terbabit dan disahkan kepada AFP oleh rakan kepada ahli keluarga penyerang dari Argentina itu.

“Rayuan untuk memungut derma itu dilancarkan Jumaat yang membolehkan keluarga Emiliano Sala menerusi organisasi khas, menyambung usaha mencari semula di Selat Inggeris pada awal pagi Sabtu,” kata kenyataan di laman sesawang GoFundMe.

“Dua bot mengetuai operasi terbabit.”

Kira-kira 2,000 orang sudah menyumbang terhadap dana berkenaan yang mengumpul hampir 190,000 euro (RM893,000).

Maria Jose Sottini, rakan kepada kakak Sala, Romina, mengesahkan kepada AFP bahawa usaha mencari secara persendirian diketuai organisasi bukan kerajaan sudah memulakan pencari hari ini. - AFP

No votes yet

Tags: