21 June 2018, Thursday | 05:12am

Kecewa dengan sikap seseorang, Nabila Huda buat luahan

2018-06-13

PELAKON Nabila Huda meluahkan kekesalannya terhadap seseorang menerusi laman Insta Story miliknya semalam.

Luahan tersebut turut menyentuh tentang kenyataan yang dibuat Nabila menerusi status yang dimuat naik di laman Twitternya semalam berkenaan pengalamannya yang pernah menghasilkan single.

Meskipun tidak dinyatakan secara jelas nama orang yang dimaksudkan, namun berdasarkan kenyataan yang ditulis itu ia dipercayai melibatkan seseorang yang dekat dengan keluarganya.

“Dah bertahun baru kau nak mesej aku eh? Maaf pun takde dari kau. Oh Come On, aku cakap benda yang jujur pasal menyanyi.aku kena paksa. Sebab kau yang cakap, lebih senang la hidup itu ini. Aku bukan burukkan. Aku cuma nak sampaikan, buat sesuatu jangan sebab duit. Buat kerana bakat. Itu je. Dan kalau tak boleh nyanyi, tak payah la. Sama jugak dengan berlakon, kalau takde bakat, tak payahlah buat sebab duit.

“Sebab benda tu, kau nak petik benda yang paling sensitif dalam hidup aku kat public. Agak-agaklah. Guna otak. Aku ada anak, ada keluarga. Aku dah 34 tahun. Apa lagi yang kau nak ni? Oh aku kejam? Lagi apa? Aku jahat? Gedik? Selfish? Boleh google semua benda pasal aku kan? Oh aku jadi apa yang kau nak.

“Alhamdulillah, doa kau termakbul. Kejap. Let me tell all the stories. Biar aku luahkan semuanya memandangkan orang macam kau ni memang takkan pernah berubah. Hey good news! Lepas ni kau boleh google nama kau juga sampai kau tua nanti okay. Orang pembohong, putar belit macam kau ni, memang layak terima ni,” tulisnya.

Antara isi luahan tersebut, pelakon yang kini sibuk di lokasi drama Kamar Kamariah ini mendedahkan dirinya pernah dipukul dan diminta keluar rumah oleh individu berkenaan ketika dia dalam keadaan tidak sihat.

“Aku simpan rasa sedih. Setiap malam aku menangis sedih fikir nasib. Kau? Kau tak peduli! Takde siapa peduli. Aku call bapak aku taya khabar, bagitahu aku rindu sangat-sangat kat dia. Tapi dia tak layan aku sebab apa? Sebab dia takut dengan kau!,” luahnya kesal.

Menurut Nabila, ini bukan kali pertama individu berkenaan memalukan dirinya di depan orang ramai.

“Kau ni memang dari dulu memang trouble maker. Perosak! Berubahlah wahai perempuan. Aku berdiam lama. Telan je. Aku perati je perangai kau. 18 tahun aku berdiam. Susah ker kau nak tengok hidup aku senang?” Soalnya.

Tegas Nabila, luahannya ini bukan untuk meraih simpati, apatah lagi mendapatkan perhatian. Namun dia sekadar menceritakan kebenaran agar apa yang dilakukan individu terbabit terhadapnya selama ini diketahui umum.

“Terima kasih la sebab kan kau lagi, tahun ni masuk tahun ketiga aku tak beraya dengan bapak aku. Dan aku tahu kau akan cuba buat dia happy, tapi macamana pun kau cuba buat, I’m always he’s number one.

“Buatlah happy macamana pun, dia tetap takkan happy sebab berjauhan dengan aku, anak pertama kesayangan dia. Hasil dari cinta pertama dia,” akhiri Nabila untuk luahan panjang lebarnya itu.

Apapun yang berlaku dan siapun individu yang dimaksudkan, diharapkan bertemu jalan penyelesaian terbaik sempena Aidilfitri yang bakal disambut beberapa hari lagi ini.

Sumber:SinarHarian/https://bit.ly/2Mo4EVP

 

No votes yet