21 October 2018, Sunday | 09:57pm

Jotun sasar pertumbuhan jualan 20 peratus tahun ke tahun

2018-09-26

KUALA LUMPUR: Jotun Malaysia menyasarkan pertumbuhan jualan sebanyak 20 peratus tahun ke tahun bagi produk Jotashield AntiFade Colours yang baharu dan ditambah baik.

Pengarah Urusannya, Eric Mallace, berkata pihaknya turut optimis dapat mencapai jumlah jualan yang lebih tinggi berikutan reputasi teguh yang dimiliki produk keluarannya itu sebelum ini.

Beliau berkata, produk Jotashield AntiFade Colours itu yang dilancarkan semula pada 2012 telah mencatat kejayaan besar dengan lebih 50 juta liter terjual di seluruh Asia Tenggara sehingga kini.

“Ia menjadikan cat berkenaan sebagai cat terlaris yang kami keluarkan berikutan reputasi teguhnya sebagai produk yang bagus dan berkualiti,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran cat berkenaan di sini, hari ini.

Hadir sama pada majlis berkenaan adalah Pengarah Jabatan Perancangan Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Nurazizi Mokhtar dan Pengarah Pemasaran Jotun Paints (M) Sdn Bhd, Yousra Lemaamer.

Serentak dengan pelancaran itu, Jotun Malaysia turut mengumumkan kerjasama dengan DBKL menerusi tajaan 2,500 liter cat bagi mengecat semula laluan dan bangunan terpilih di Kuala Lumpur menggunakan Jotashield AntiFade Colours.

Dua laluan yang terbabit dengan tajaan berkenaan ialah Lorong Bandar 13 dan Lorong Yap Ah Loy. Laluan yang terpilih akan menjadi antara yang pertama di Kuala Lumpur yang dicat menggunakan Jotun’s Exterior Trends 2018 baharu yang dibangunkan menerusi nasihat pakar dan profesional industri, diketuai oleh Pengurus Warna Global Jotun, Lisbeth Larsen.

Mengulas lanjut, Mallace berkata Jotashield AntiFade Colours serba baharu kini memberikan prestasi warna hebat dengan perlindungan sinaran UV yang mampu bertahan 50 peratus lebih lama berbanding sebelum ini.

“Selain itu, ia juga boleh bertahan dua kali ganda lebih lama berbanding cat jenama lain kerana ia direka untuk bertahan sehingga lapan tahun,” katanya.

*Ciri keluasan dan serba guna Jotashield AntiFade Colours membolehkan penciptaan gaya estetika yang tiada had dan formulanya yang dipertingkatkan menjamin kesempurnaan cat yang tahan lama.

 

Average: 4 (1 vote)