22 November 2017, Wednesday | 06:45pm

Jangan ayat pick up saja, datanglah jumpa ibu - Wany Hasrita

2017-11-14

Walau sibuk dengan undangan nyanyian, impian Wany Hasrita untuk bergelar pensyarah akan direalisasikan suatu hari nanti. ― Foto oleh Yusof Mat Isa

Walau sibuk dengan undangan nyanyian, impian Wany Hasrita untuk bergelar pensyarah akan direalisasikan suatu hari nanti. ― Foto oleh Yusof Mat Isa

KUALA LUMPUR, 14 Nov ― Sering dilemparkan kata pikat, atau pick up line, Wany Hasrita berharap lelaki yang menaruh hati padanya agar lebih serius.

Penyanyi Rintihan Rindu turut mengulangi harapan agar berjumpa sendiri dengan ibunya Norita Jaafar kerana usianya kini sudah sesuai untuk berumah tangga.

“Ramai saja yang memberi kata pikat tetapi saya rasa mereka tidak serius. Kalau serius, jumpa terus dengan ibu saya.

“Sebab saya tidak tahu mereka serius atau tidak jika didekati sebegitu. Nak kata muda, saya sudah 25 tahun.

“Tetapi memang betul sekarang saya tengah sibuk jadi saya tidak fikir buat masa ini,” katanya kepada ProjekMMO.

Wany (tiga, kiri) bersama penyanyi yang mara ke pentas AJL ke-32 pada Februari. ― Foto oleh Miera Zulyana

Wany (tiga, kiri) bersama penyanyi yang mara ke pentas AJL ke-32 pada Februari. ― Foto oleh Miera Zulyana

Graduan Malaysia Science University ini bergraduasi Ogos lepas dalam bidang sarjana muda sains perubatan.

Bakal beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) Februari ini, Wany akan mempertandingkan “Menahan Rindu” bersama 11 lagu lain.

Wany berkata walau sibuk dengan undangan nyanyian, impiannya untuk bergelar pensyarah akan direalisasikan suatu hari nanti.

“Memang perancangan saya untuk sambung sarjana dalam pendidikan supaya saya boleh jadi pensyarah dalam bidang perubatan.

“Tetapi saya masih lagi mencari masa yang sesuai untuk saya sambung sebab takut saya tidak dapat memberi komitmen,” katanya.

Wany mendendangkan 'Menahan' Rindu', berjaya melangkah ke pentas AJL ke-32 bersama 11 lagu terbaik lain. ― Foto oleh Miera Zulyana

Wany mendendangkan 'Menahan' Rindu', berjaya melangkah ke pentas AJL ke-32 bersama 11 lagu terbaik lain. ― Foto oleh Miera Zulyana

Bercerita lanjut tentang kerjaya seni, Wany berkata beliau akan menghasilkan album mini apabila semua lagu yang dirakamkan diterbitkan tidak lama lagi.

Katanya, tiga lagu menanti masa untuk dilancarkan dan satu daripadanya, duet sekali lagi bersama Tajul.

“Saya sudah pun merakamkan dua lagi lagu iaitu satu lagu tradisi Ewah Ewah hasil ciptaan Pak Ngah dan satu lagi daripada komposer Singapura.

“Ada juga lagu duet bersama Tajul tetapi lambat lagi akan diterbitkan. Saya juga akan mengeluarkan album mini yang memuatkan semua lagu tersebut,” katanya.

 

Sumber: TheMalayMail/ http://bit.ly/2zza0u1

No votes yet