24 May 2019, Friday | 04:09am

Honda 'pening' dengan masalah jentera Lorenzo

2019-04-19

AUSTIN - Pasukan Honda 'pening' dengan masalah yang menimpa jentera Jorge Lorenzo selepas juara dunia tiga kali itu dilihat gagal menamatkan perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) di Grand Prix (GP) Amerika Syarikat (AS) pada Isnin lalu.

 

Ketua pasukan Respol Honda, Alberto Puig me­ngakui ketika ini kru mekanik dan jurutera pasukannya masih belum dapat mengesan masalah yang me­landa jentera RC213V milik pelumba Sepanyol itu yang menyaksikannya ter­singkir daripada perlumbaan.

Honda turut menerima nasib malang apabila pelumba utamanya, Marc Marquez gagal menamatkan saingan selepas terbabas dan terjatuh sekali gus menyaksikan ia adalah pencapaian terburuk yang dicatatkan Honda.

“Ketika ini jurutera kami di Jepun sedang memahami masalah jentera RC213V kerana mesin tersebut se­ring berdepan masalah teknikal. Selepas masalah rantai menimpa Marquez di Argentina, insiden itu terjadi sekali lagi kepada Lorenzo pada sesi kelayakan di AS.

“Kami meletakkan sasaran kepada Lorenzo untuk berada dalam kelompok 10 pelumba terbaik, tetapi pada 11 pusingan terakhir jenteranya pula berdepan masalah. Ini merupakan satu kekecewaan yang besar dan saya harap pasukan kami mampu mengesan dengan cepat masalah tersebut sebelum perlumbaan seterusnya di GP Sepanyol bulan depan (5 Mei),” jelas Puig.

Walaupun tidak mengutip sebarang mata, pasukan Honda tetap positif apabila Marquez tidak mengalami sebarang kecederaan serius akibat daripada kemalangannya di Austin.

Marquez kini berada pada kedudukan keempat dengan ketinggalan empat mata di belakang pelumba Suzuki, Alex Rins. – Agensi

Sumber:Kosmo/http://bit.ly/2DnZBBU

 

No votes yet

Tags: