21 May 2019, Tuesday | 08:09am

Hampir 30 orang maut dan 50 tercedera serangan masjid di Christchurch, New Zealand

2019-03-15

Hampir 30 jemaah dan 50 yang lain cedera apabila seorang pengganas melepaskan tembakan rambang kepada jemaah masjid yang sedang bersiap sedia untuk menunaikan solat Jumaat.

Kejadian berlaku di Masjid Al Noor, Christchurch, New Zealand, sebuah bandar yang dilabel sebagai tempat paling aman untuk dikunjungi.

Apa yang mengejutkan, pengganas ini merakamkan serangan itu di facebook live streaming.

Dipaparkan pengganas memasuki masjid dan terus melepaskan tembakan ber das – das  banyak nya kepada jemaah sehingga melibatkan sejumlah besar terkorban.

Lebih menyayat hati, terpapar video yang menunjukkan tembakan dilepaskan di bahagian kepala tanpa rasa belas kasihan.

Media tempatan New Zealand melaporkan sekurang – kurangnya enam terbunuh, walau pun begitu, bukti dari paparan video yang viral ini menunjukkan hampir 30 orang terkorban dalam serangan ini.

Polis New Zealand telah memerintahkan perintah darurat bagi semua sekolah dan menasihatkan orang ramai supaya tidak keluar dari rumah.

Sehingga kini, polis New Zealand masih lagi memburu pengganas tersebut selain mengenal pasti mangsa – mangsa yang terkorban.

-kwiknews

 

Average: 5 (1 vote)