24 March 2019, Sunday | 09:44am

Hamilton sedia 'menyerang' lagi

2019-02-14

JUARA Formula 1 Mercedes menguji jentera baharu mereka buat kali pertama di Silverstone hari ini dengan Lewis Hamilton meramalkan pasukan itu akan meraih kejayaan lebih baik daripada 2018.

Dengan beberapa pasukan kesuntukan masa dalam memastikan jentera baharu sedia menghadapi sesi ujian pramusim di Sepanyol pada Isnin depan, Mercedes sudah memastikan mereka di atas landasan betul dalam segenap aspek.

Rakan sepasukan Hamilton dari Finland, Valtteri Bottas terlebih dahulu menguji selekoh dengan juara dunia lima kali Hamilton mengambil giliran di sebelah petang.

"Saya berehat dari berlumba sementara waktu, cuba fokus diri sendiri dan bekerja keras untuk musim baru. 2018 adalah tahun yang hebat tapi saya rasa 2019 akan lebih hebat lagi,” kata Hamilton.

"Saya mahu meraih lebih banyak kejayaan dan mahu terus memandang ke hadapan. Saya rasa lebih bertenaga dan sedia ‘menyerang’.”

Pelumba Britain itu menjuarai 11 perlumbaan tahun lalu dan muncul pemandu ketiga menjuarai lima kejuaraan dunia dengan jumlah 73 kemenangan keseluruhan.

Mercedes turut mengungguli kategori pengeluar untuk lima musim berturut-turut tetapi pengurus pasukan Toto Wolff memberi amaran perubahan peraturan boleh memberi kesan kepada mereka.

 

Sumber:HarianMetro/https://bit.ly/2DARiSF

SumberGambar:TheStar/https://bit.ly/2E9Rw4P

Average: 5 (1 vote)

Tags: