18 February 2019, Monday | 01:27pm

Gelaran Dewi Remaja Milik Haneesya Hanee Ditarik Balik

2019-01-18

Majalah Remaja melalui satu sidang media sebentar tadi mengesahkan Gelaran Dewi Remaja 18/19 milik Haneesya Hanee, 18, telah ditarik balik.

Hanee yang sebelum ini dinobatkan sebagai juara pertandingan tersebut terpalit dengan kontroversi susulan penularan video aktivitinya bersama rakan-rakan di kelab malam baru-baru ini.

Wakil jurucakap penganjur dalam kenyataan tersebut memberitahu bahawa penarikkan kembali anugerah tersebut dibuat atas alasan Hanee telah melanggar beberapa syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh penganjur sebelum ini.

”Syarat-syarat tersebut memang sudah diketahui oleh peserta. Sudah dibaca dan sudah ditandatangani, dan syarat-syarat tersebut dilanggar selepas ia ditandangani.

”Kami tiada kompromi kerana ini bukan sahaja melibatkan reputasi peserta tetapi juga Majalah Remaja dan Dewi Remaja,” katanya.

Bagaimanapun, posisi Juara Dewi Remaja tidak akan diisi oleh peserta lain, manakala Tia Sarah kekal mempertahankan tempat kedua yang menjadi miliknya.

Penganjur juga membuat keputusan untuk tidak memilih mana-mana peserta untuk menyandang gelaran Dewi Remaja bagi musim ini bertujuan untuk menjaga kredibiliti pertandingan tersebut.

Melalui sidang media yang sama juga, penganjur menegaskan bahawa insiden berkenaan berlaku kira-kira sebulan sebelum Hanee ditabalkan sebagai Dewi Remaja, sekaligus menafikan dakwaan yang dibuat sebelum ini bahawa insiden berkenaan berlaku sebagai meraikan kemenangannya.

SiakapKeli

No votes yet