17 July 2019, Wednesday | 03:36am

Fathia Latiff buat hal lagi?

2019-04-23

PELAKON Fathia Latiff mengejutkan pengikut di dalam Instagram miliknya apabila berkongsi gambar tidak bertudung.

Malah selebriti yang beberapa kali berdepan kontroversi ini turut memuat naik gambar tidak bertudung di Insta Stories miliknya.

Bukan itu sahaja, Fathia turut menghapuskan gambar-gambarnya yang terdahulu.

Difahamkan, Fathia sebelum itu turut menutup ruangan komen pada gambar tersebut, sejam selepas dimuat naik.

Fathia yang ditemui pada satu sesi sidang media baru-baru ini dilihat tampil sopan bertudung dan memaklumkan mahu menjadi lebih positif untuk tahun 2019 selepas segala kontroversi yang berlaku sebelum ini.

FATHIA LATIFF - Foto : Instagram

Sinar Harian

 

Average: 1 (1 vote)