25 June 2019, Tuesday | 05:25pm

Enggan ikut trend... koleksi Yuna x Christy Ng sesuai untuk semua golongan sepanjang zaman

2019-01-28

TAMPIL dengan gaya tersendiri, penyanyi antarabangsa Yunalis Zarai atau Yuna muncul dengan koleksi kasut dan tas tangan, hasil kolaborasi bersama jenama tempatan Christy Ng.

Menurut Yuna, rekaan kasut dan beg tangan yang ‘timeless’ ini sesuai untuk semua golongan berumur 18 tahun ke atas.

"Saya seorang yang suka tampil bersederhana dan tidak suka bergaya mengikut trend, bagi saya trend akan datang dan pergi.

"Saya suka kasut atau beg tangan yang ringkas dan boleh pakai setiap hari... seperti rekaan Christy Ng ini ia sesuai untuk wanita yang aktif setiap hari,” ujarnya.

 

  Koleksi ini menampilkan tujuh warna bagi kasut dan beg tangan yang boleh digayakan secara berpadanan.

 

Tambah Yuna, reka bentuk yang ringkas ini sesuai digayakan wanita pada usia remaja hingga berumur 30-an.

"Pelajar, golongan seusia saya dan ibu-ibu paling sesuai menggayakan koleksi ini. Ia bukan sahaja boleh didapati di Malaysia, malah peminat saya di luar negara juga boleh membelinya secara dalam talian.

"Pihak Christy Ng boleh membuat penghantaran ke seluruh dunia,” ujarnya.

image:

Selain itu, Yuna berkata kolaborasi itu tercetus selepas dia menggayakan beberapa kasut rekaan Christy Ng.

"Saya pelanggan Christy Ng dan saya cuba menghantar mesej kepadanya dan tidak sangka perbualan kami mencetuskan kolaborasi ini.

"Kami berkomunikasi menerusi aplikasi WhatsApp setiap hari sejak tahun lalu dan hari ini kami melancarkan produk itu,” ujarnya.

image:

Sementara itu, Christy Ng berkata, rekaan untuk koleksi Yuna ini sesuai digayakan oleh wanita Asia.

"Saya gembira dapat bekerjasama dengan Yuna untuk projek ini, dia seorang yang sangat sibuk dan bekerja keras.

"Koleksi ini sesuai untuk wanita bekerja seperti beliau dan sangat sempurna untuk wanita Asia,” ujarnya.

Koleksi kasut dan tas tangan ini boleh didapati di www.christyng.com dan dijual pada harga RM189 seunit.

 

Sumber:mstar:https://bit.ly/2TpsN1i

 

Average: 2 (1 vote)