20 May 2019, Monday | 05:43am

Dua rumah di Kampung Rhu Renggeh hangus terbakar

2019-04-24

MARANG: Seorang pemuda nyaris maut selepas kediamannya di Kampung Rhu Renggeh, Marang hangus dalam kebakaran.

 

Dalam kejadian kira-kira 9.45 malam Selasa, kediaman yang dihuni lelaki berusia 37 tahun itu musnah 100 peratus.

 

Insiden itu juga menyebabkan sebuah lagi rumah separuh kekal yang terletak bersebelahan rumah berkenaan musnah keseluruhannya.

Menurut Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Marang, Mohd Salim Mat Seman, ketika pihaknya tiba di lokasi kejadian rumah pertama tidak dapat diselamatkan, manakala kira-kira 70 peratus rumah kedua telah hangus terbakar.

 

Katanya, keadaan rumah terlalu rapat serta struktur binaan daripada kayu menyebabkan api merebak dengan cepat.

 

Mohd Salim berkata lagi,  seramai 16 kekuatan daripada balai bomba dan penyelamat Marang dan Kuala Terengganu telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

 

Bagaimanapun tiada kecederaan jiwa dilaporkan.

 

Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

 

Sumber;AstroAwani/http://bit.ly/2KVpYoZ

 

Average: 5 (1 vote)

Tags: