17 June 2019, Monday | 05:57pm

Dua cedera, seorang terperangkap runtuhan Stesen LRT Putra Terminal Gombak

2019-05-23

KUALA LUMPUR - Dua individu cedera manakala seorang lagi dipercayai masih terperangkap akibat runtuhan bangunan Stesen Aliran Transit Ringan (LRT) Putra Terminal Gombak, Jalan Taman Melati yang dalam pembinaan di sini awal pagi tadi.

 

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan tentang kejadian itu pada pukul 1.13 pagi.

 

“Seramai 46 anggota dan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Gombak Selatan, dan Wangsa Maju telah bergegas ke lokasi kejadian.

 

“Sebaik tiba di lokasi, anggota mendapati berlakunya runtuhan struktur konkrit di bangunan yang sedang dibina itu,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

 

Beliau menambah, seramai tiga mangsa terlibat dengan dua daripadanya yang cedera telah dibawa ke hospital Selayang untuk rawatan lanjut manakala seorang

individu warganegara Indonesia masih terperangkap dalam runtuhan itu.

 

“Khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) turut digunakan dalam operasi mengesan mangsa yang terperangkap.

 

“Pihak bomba kini sedang giat menjalankan kerja-kerja mengalihkan struktur konkrit yang runtuh,” ujarnya. - K! ONLINE

 

Sumber:Kosmo/http://bit.ly/2VUH0J8

 

No votes yet