25 June 2019, Tuesday | 07:06pm

Dagangan semasa mata wang bersifat manipulatif - Tun M

2019-05-30

TOKYO - Malaysia mencadangkan mata wang baharu berasaskan emas memandangkan ia lebih stabil berbanding dagangan dalam mata wang semasa yang besifat manipulatif, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

 

Beliau berkata, logam berharga itu boleh digunakan untuk menilai aktiviti import dan eksport dalam kalangan negara di Asia Timur.

 

"Kita boleh membuat penyelesaian menggunakan mata wang (baharu) ini (emas). Mata wang itu perlu berkait dengan mata wang tempatan sebagai rujukan kepada kadar tukaran, sesuatu yang boleh dikaitkan dengan prestasi sesebuah negara.

 

"Berdasarkan kaedah ini, kita akan tahu jumlah hutang, jumlah yang perlu dibayar dalam mata wang khas Asia Timur," katanya pada sesi dialog Persidangan

 

Antarabangsa mengenai Masa Depan Asia (Nikkei Conference) di sini hari ini.

Mahathir tiba di Tokyo semalam untuk lawatan kerja tiga hari. - Bernama

 Sumber:Kosmo/http://bit.ly/2EIJCiD

 

No votes yet